Tentang Kami

Rumah Raudhatul Al-Faeez merupakan sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang Hamba Allah yang terletak di Lot 1990-9, Kg. Sungai Salak, Batu 9 ½, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Ianya ditubuhkan untuk tujuan kebajikan dan kini terdapat 18 penghuni yang terdiri dari anak-anak yatim, yatim piatu dan saudara baru. Pelbagai aktiviti kebajikan dan pengajian agama disusun dan dijalankan di pusat ini.

Memandangkan anak-anak ini sejak dari usia muda tidak mendapat pendidikan yang sempurna maka satu program pendidikan yang selaras dengan sistem pendidikan sekolah kerajaan telah diterapkan disamping penekanan pendidikan agama sebagai bekalan masa depan mereka